Buka Cerita Zaman Sekolah, Ayda Jebat Dedah Pernah Diganggu Kakak Senior – “Dia Siap Warning Jangan Layan Orang Lain…”

Buka Cerita Zaman Sekolah, Ayda Jebat Dedah Pernah Diganggu Kakak Senior – “Dia Siap Warning Jangan Layan Orang Lain…”

“Dia siap warning jangan layan orang lain selain dia”, itu luahan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat selepas berkongsi pengalamannya berdepan perkara kurang manis ketika berada di Sekolah Menengah.

Kata Ayda, pada mulanya dia berasa teruja apabila mendapat tempat di sekolah berkenaan memandangkan pelajar yang diterima masuk memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Bagaimanapun, keterujaan itu bertukar mimpi ngeri selepas dia menjadi rebutan pelajar perempuan senior di sekolah tersebut.

Tidak habis disitu, Ayda juga berkongsi bahawa pelajar terbabit sempat memberikan amaran kepadanya agar tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana pelajar lain selain darinya.

Enggan terus menerus berdepan dengan pengalaman sedemikian, Ayda akhirnya mendedahkan mengenai perkara itu kepada ibunya dan juga pihak sekolah.

Diakhir perkongsian, Ayda menitipkan pesan agar mana-mana pelajar sekolah yang mengalami nasib serupa mengambil tindakan segera termasuklah melaporkannya kepada ibu bapa masing-masing.

 

Sumber: Threads

Scroll to Top