Tindakan membuat kekecohan di tengah jalan sememangnya satu perkara yang akan menggangu kelancaran lalu lintas. Jadi, jika ada sebarang masalah atau pelanggaran kecil, seeloknya kita mengambil jalan bijak dengan berbincang baik-baik supaya kedua-dua pihak tidak mengalami kerugian.
Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan perkongsian seorang pengguna Facebook yang memuat naik satu video pergaduhan di tengah jalan di laman Facebook Taman Puncak Jalil DIGITAL COMUNITY apabila seorang lelaki membuka langkah silat dan memukul pemandu van yang berada di belakang keretanya sehingga terbaring di jalan.

Menerusi komen-komen di Facebook, pemandu van tersebut dipercayai terlanggar belakang Proton Saga milik pemandu lelaki itu dan dia terus meluru ke arah pemandu van sebelum memberikan satu tumbukan.
Dapat dilihat lelaki terbabit membuka langkah silat ketika pemandu van itu sudah terbaring dijalan.
Tindakan yang dilakukan oleh pemandu Proton Saga berkenaan telah menjadi perbualan netizen di media sosial dimana rata-rata mengecam tindakan tersebut.
Walaupun tidak mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini, namun mereka merasakan yang menyelesaikan masalah dengan cara kekerasan sangat tidak wajar.




Walau bagaimanapun, menurut Khairul Anuar, dia sudahpun menghubungi pihak polis dan siasatan sedang dijalankan. Jadi, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hal tersebut dan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Sumber: Facebook Khairul Anuar via Taman Puncak Jalil DIGITAL COMUNITY




