Bukan persembahan terbaik, Dhabitah Sabri tetap bersyukur meski tak cukup masa berlatih

Bukan persembahan terbaik, Dhabitah Sabri tetap bersyukur meski tak cukup masa berlatih

Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri tetap bersyukur meski berada di tempat ke-12 dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Atlet berusia 25 tahun itu mencatatkan masa keseluruhan sebanyak 244.80 menerusi lima terjunan.

Dhabitah Sabri tetap bersyukur

Ketika ditemui pemberita, isteri kepada pelawak Jiggy Masin mengakui dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat latihan.

Ujarnya, dia tidak menyangka dirinya layak menyertai Sukan Olimpik dan seterusnya berjaya mara ke peringkat akhir.

“Bukan persembahan terbaik, pada awalnya saya tak rasa boleh layak ke final.
“(Walaubagaimanapun) saya bersyukur dengan apa yang ada dalam masa yang singkat, jurulatih banyak membantu.
“Untuk saya… saya dah capai target kerana berjaya pergi ke final, (tapi) saya tak cukup masa untuk latihan,” ujarnya.

Dhabitah turut akui dirinya rasa berputus asa kerana tidak layak menyertai Olimpik sebelum diberi peluang atas tiket ‘wild card’.

Artikel lain: Jiggy Masin rindu isteri, kerap video call beri semangat buat Dhabitah Sabri

Acara 3 meter papan anjal wanita dimenangi Chen Yiwen dari China dengan catatan keseluruhan 376.00, diikuti Keeney Maddison dari Australia (343.10) dan Chang Yani dari China (318.75).

Sebagai rekod, Dhabitah ke final selepas mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan daripada 18 penerjun.

Dia menyertai Olimpik Paris 2024 menerusi tiket wildcard, namun kejayaan melangkah ke pentas final 3m papan anjal wanita wajar diberikan pujian.

Pada edisi Tokyo 2020, Dhabitah menamatkan saingan individu di tempat keempat dengan 326.15 mata, manakala gandingannya bersama Datuk Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama menemui penamat di tempat tercorot daripada lapan negara.

Sumber: X Astro Arena

Scroll to Top