'Bukan saya, jangan risau okay' – Misha Omar

'Bukan saya, jangan risau okay' – Misha Omar

Kuala Lumpur: Penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar menafikan dirinya adalah penyanyi wanita tersohor dari Kelantan yang kini ditahan pasukan polis di Thailand bersama pil kuda

Misha, 42, berkongsi penafian itu menerusi hantaran dibuatnya pada Instagram Story (IGs), hari ini. 

“Terima kasih kepada yang hantar dan bertanya kepada saya sama ada saya okay atau tak. Ini bukan saya. Jangan risau, okay?” tulisnya. 

Terdahulu, media melaporkan mengenai enam individu termasuk seorang artis wanita antara ditahan di Sungai Golok, Thailand berkaitan kes dadah. 

Artis wanita itu dikatakan pernah mempopularkan lagu dengan dialek Kelantan dan tular serta menjadi fenomena. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top