“Bukan Saya Memandu” – Lelaki Terkejut Wajah Dan Alamat Disebar Kes Trak Pikap Langgar Lari | Oh! Media

“Bukan Saya Memandu” – Lelaki Terkejut Wajah Dan Alamat Disebar Kes Trak Pikap Langgar Lari | Oh! Media

Kecoh kini mengenai kemalangan langgar lari melibatkan Nissan Navara dan motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya NKVE menghala ke Tol Jalan Duta.

Mangsa iaitu pasangan suami isteri cedera parah manakala suspek sudah pun ditahan polis untuk siasatan lanjut.

BACA: Pemandu Pikap Langgar Lari Sudah Ditahan, Isteri Mangsa Cedera Parah, Pendarahan Otak

Selepas kejadian, tular pula di media sosial maklumat pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Balan Radhakrishnan.

Rata-rata netizen melabelkan Balan sebagai pemandu tak bertanggungjawab namun hakikatnya, dia langsung tidak berada di tempat kejadian sewaktu insiden itu berlaku.

Info peribadi disebar tanpa usul periksa

trak pikap

Menceritakan semula kejadian kepada mStar, Balan berkata kenderaan itu dipandu oleh saudaranya yang dia anggap seperti adik sendiri.

Balan menyatakan dia hanya mengetahui kemalangan itu selepas saudaranya pulang dan mengaku terlibat dalam insiden tersebut.

Lepas dia kemalangan, dia terus balik. Saya pula ada di Shah Alam. Dia datang dan ceritakan kepada saya. Saya tanya, kenapa tak berhenti? Dia takut nak turun, bimbang kena pukul.

Balan yang terkejut dengan pengakuan tersebut terus membawa saudaranya ke balai polis untuk membuat laporan, dan individu itu kini telah pun ditahan.

Tambahnya lagi, saudaranya itu sering meminjam kenderaan miliknya untuk menghantar barang kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, penyebaran gambar dan alamat tempat tinggal membuatkan dia bimbang keselamatan ibu bapanya yang berada di rumah.

Rupa-rupanya gambar saya dan alamat rumah sudah tersebar. Saya risau keselamatan ibu bapa saya.

Susulan itu, Balan telah membuat satu laporan polis di Balai Klang Selatan. Dia juga telah melihat video mengenai dirinya yang dimuat naik di Instagram penyanyi rap, Caprice.

Saya nak minta semua bertenang, biar polis yang siasat. Kes pun dalam siasatan polis. Saya nak minta agar berhenti sebar tentang saya.

Isu pelekat PDRM

Balan juga tampil memberi penjelasan mengenai pelekat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada trak miliknya yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sticker itu saya dapat daripada kawan. Dulu dia ada event, tapi dia tak tampal pada kereta dia. Dia bagi kepada saya. Saya cuma tampal sebab ia tertulis PDRM 4×4. Kita pun biasa buat bantuan banjir.

Terdahulu, media melaporkan suspek yang berusia 32 tahun kini direman selama dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pssttt! Diharapkan masyarakat dapat menghormati siasatan pihak berkuasa dalam kes ini. Semoga mangsa kemalangan mendapat keadilan sewajarnya.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top