'Bukan sebab nak tuntut harta sepencarian' – Puteri Sarah

'Bukan sebab nak tuntut harta sepencarian' – Puteri Sarah

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Puteri Sarah Liyana menafikannya tindakannya untuk bercerai kerana ingin mendapatkan harta sepencarian bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah menegaskan, anak-anak adalah keutamaan dan sepanjang tempoh ini dia bekerja keras menyara keluarga dengan pendapatan sendiri.

“Orang luar semua sudah dapat melihat bagaimana saya bekerja keras. Ini pun saya tidak cukup tidur kerana habis kerja penggambaran lambat malam tadi.

“Jadi takkanlah saya menuntut cerai semata-mata kerana harta. Apabila dia (Syamsul) memfailkan nusyuz, saya terus menuntut hadanah iaitu hak penjagaan anak-anak.

“Saya tidak menuntut harta pun sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi, anda boleh tahu apakah keutamaan dan nombor satu dalam hidup saya ketika ini.

“Ini kerana anak-anak sentiasa dengan saya dan tidak pernah berenggang,” katanya ketika ditemui di Pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.

Sesi membabitkan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dengan Syamsul yang berlangsung di Jawi, hari ini, gagal menemui penyelesaian.

Puteri Sarah menegaskan tiada apa yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Puteri Sarah ditemani adiknya, Dr Puteri Sofea manakala Syamsul pula membawa sepupunya, Muhammad Nazri bagi proses rundingan JKP itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top