Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk A Aida mengambil keputusan untuk tampil berhijab selepas dilihat memuat memuat naik gambarnya dengan imej bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Aida berkata perubahan itu adalah kehendak dirinya sendiri bukan kerana orang lain.
BACA: “Doktor Dah Cabut Wayar Dimulutnya” – A Aida Sudah Sedarkan Diri

“Bertudung bukan sebab orang lain tetapi sebab hati,” tulisnya.
Sementara itu, Aida dilihat membalas komen rakannya Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dimana dia mengotakan janji selepas jatuh sakit baru-baru ini.
“Janji dengan ustaz (Dr. Mohd Izhar Ariff) asyik bermain di fikiran selepas kembali sedar di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terima kasih ustaz, moga ALLAH pelihara kita semua,” tulisnya.
Terdahulu, Aida dimasukkan ke ICU di sebuah hospital akibat rebah selepas melakukan fisioterapi.




