“Bukan VVIP Pun Tak Mengapa, Yang Penting Bukan Suami Orang” – Abby

“Bukan VVIP Pun Tak Mengapa, Yang Penting Bukan Suami Orang” – Abby

Pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik komen netizen mengenai perkahwinan anaknya iaitu Marissa Dania.

Menerusi hantaran itu, Abby tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkenaan sebaliknya membiarkan para netizen untuk mewakili.

BACA: “Itu Pilihan Marissa, Biar Dia Lalui Sendiri” – Abby Abadi Tak Nak Campur Urusan Anak

“Rasanya banyak yang mahu diceritakan tapi cuma bisa bilang biarlah komen-komen ini mewakili,” katanya.

Turut menjadi perhatian ramai yang meninggalkan komen simpati serta mencadangkan Marissa untuk undur diri serta mencari kebahagiaan hak milknya seorang.

Sementara itu, Abby dilihat membalas komen netizen mengatakan tidak perlu orang kenamaan untuk dijadikan sebagai suami yang penting bukan berstatus suami orang.

Untuk rekod, Marissa berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 yang merupakan suami kepada Umisya Mazlan.


Scroll to Top