“Bulan Ini Dia Hanya Jumpa Anak-Anak Sekali, Itu Pun 15 Minit Saja Di Tepi Longkang”

“Bulan Ini Dia Hanya Jumpa Anak-Anak Sekali, Itu Pun 15 Minit Saja Di Tepi Longkang”

Pelakon Linda Hashim berkata meskipun apa pun terjadi dalam rumah tangganya dengan Beego namun dia meminta anak-anak untuk menghormati bapa mereka.

Memetik Harian Metro, Linda turut berpesan pada anak-anak agar jangan masuk campur urusan ibu bapa. Bagaimanapun, Linda berkata Beego tidak mengambil peluang yang diberi.

BACA: “Buat Apa Simpan Saya Lagi Kalau Nafkah Tak Diberi?” – Linda Hashim

“Saya masih lagi mempunyai sifat kemanusiaan apabila membenarkan Beego berjumpa anak-anak tanpa sebarang halangan.

“Tapi sayangnya dia tak gunakan peluang itu sebaiknya. Bulan ini dia hanya jumpa anak-anak sekali sahaja. Itu pun dalam 15 minit saja dan di tepi longkang,” katanya.

Sementara itu, Linda berkata meskipun berpeluang untuk berjumpa namun Beego tidak menggunakan kesempatan itu untuk membawa anak-anak pergi makan serta meluang masa lebih lama.

Dalam pada itu, Linda berkata dia akan menunggu hari tersebut apabila diminta mengulas kenyataan Beego bahawa dia akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan semua perkara.

“Saya bersiap sedia seandainya ada berbaur fitnah atau manipulasi, saya akan tegakkan perkara sebenar,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top