Saintis antarabangsa mendedahkan bahawa hari ini, 5 Ogos merupakan antara hari paling pendek dalam sejarah. Bumi dikatakan berputar lebih laju daripada biasa dan masa sehari menjadi lebih singkat antara 1.25 hingga 1.51 milisaat.
Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan oleh Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa serta Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat yang menyatakan Bumi biasanya mengambil 86,400 saat untuk satu putaran penuh.
Hari ketiga terpendek tahun ini

Menurut rekod, hari ini merupakan hari ketiga terpendek bagi musim panas ini, selepas 9 Julai dan 22 Julai lepas. Walaupun saintis masih belum pastikan sepenuhnya, tapi fenomena ini dipercayai berpunca daripada kedudukan Bulan.
Punca pecutan ini (Bumi) tidak dapat dijelaskan. Kebanyakan saintis percaya ia berkaitan sesuatu di dalam Bumi. Lautan dan model atmosfera tidak menjelaskan pecutan besar ini. – Leonic Zotov, Universiti Negeri Moscow
Saintis bimbang dunia akan hadapi hari 22 jam?!

Lebih menakutkan, pakar berpendapat jika keadaan ini berterusan, kita mungkin akan hidup dalam hari berdurasi 22 jam! Perkara ini bukan sahaja boleh mengacau jam dalaman manusia, malah boleh menjejaskan cuaca global.
Akibatnya, jam manusia akan menjadi kucar-kacir, manakala satu hari 22 jam juga berpotensi menyebabkan corak cuaca berbahaya. Ia termasuk taufan lebih kuat dan lebih dahsyat. – Dr. Sten Odenwald, NASA
Apa maksudnya untuk kita?

Walaupun kesan ini belum dirasai secara langsung, saintis tetap memantau situasi ini dengan serius.
Dengan dunia kini semakin terdedah kepada perubahan iklim dan fenomena luar jangka, setiap perubahan kecil di angkasa boleh membawa impak besar kepada kehidupan manusia.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




