Bung Karno terdiam terpukul dengan jaringan Cong Phuong

Bung Karno terdiam terpukul dengan jaringan Cong Phuong

Kuala Lumpur: Jaringan tunggal Nguyen Cong Phuong pada babak pertama sudah cukup bagi memastikan skuad bawah 23 tahun Vietnam muncul juara Piala ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Turun selaku pasukan pilihan, skuad Indonesia diharapkan mampu muncul juara apatah lagi menerima sokongan padu daripada penyokong sendiri di stadium kemegahan mereka.

Bagaimanapun jaringan Cong Phuong pada minit ke-37 mendiamkan gagak gempita di stadium berkenaan.

Penyerang Vietnam itu meledak dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gawang, Muhammad Ardiansyah selepas keadaan kucar kacir.

Tuan rumah cuba bangkit namun semuanya tidak menjadi.

Ia adalah kejayaan ketiga berturut-turut Vietnam selepas muncul juara pada edisi 2022 dan 2023.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top