Bung Moktar simbol keteguhan UMNO Sabah – Ahmad Zahid

Bung Moktar simbol keteguhan UMNO Sabah – Ahmad Zahid

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin disifatkan sosok penting yang menjadi simbol keteguhan UMNO Sabah sejak dulu hingga kini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu bukan saja seorang pemimpin yang tegas dan berani, tetapi juga panglima setia yang tidak pernah gentar mempertahankan maruah parti walau berdepan seribu cabaran.

“Di sinilah saya menyaksikan sendiri bagaimana kesetiaan dibuktikan dengan tindakan, susunan dan gerak kerja akar umbi yang begitu baik.

“Sosok seperti beliaulah yang menjadi simbol keteguhan UMNO Sabah sejak dahulu hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, kini UMNO Sabah sudah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Jentera sudah dipersiapkan dan barisan telahpun diperkukuhkan. Hanya menunggu masa semboyan PRN Sabah ke-17 ditiupkan, bersiap siagalah kita untuk turun ke medan perjuangan.

“Kita laksanakan ikhtiar dengan penuh tertib dan teratur. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT. Kerana dalam setiap perjuangan, kemenangan bukan milik yang sombong, tetapi milik mereka yang ikhlas, setia dan tidak pernah berpaling walau sekali,” katanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 8 Julai lalu mengesahkan sidang terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi penggal ini sudah selesai, namun, beliau tidak mendedahkan bila DUN akan dibubarkan.

Mengikut undang-undang, DUN semasa akan terbubar secara automatik pada 11 November depan dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top