“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

Pelakon, Esma Daniel menitipkan kata-kata semangat kepada aktor, Fattah Amin yang diuji dengan keretakan rumah tangga bersama aktres, Nur Fazura yang terlerai selepas tujuh tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook, Esma berharap agar aktor filem Pendekar Awang itu meneruskan kehidupannya dan tidak mengabaikan tanggungjawab.

“Relax je la boh @fattahaminz. Bunga bukan sekuntum. Namun jika bunga sekuntum itu terlalu harum untuk dilupakan, hargailah kenangannya.

“Namun, jangan biarkan ia menghalang kita daripada teruskan hidup dan mencari kebahagiaan baru. Amanat tetap perlu dijaga, meskipun jalan hidup berpisah,” katanya.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

Scroll to Top