Bunga Isme pakai subang di hidung, netizen kata mirip mata kail

Bunga Isme pakai subang di hidung, netizen kata mirip mata kail

Nama penyanyi muda, Bunga Isme sememangnya sudah dikenali dalam kalangan anak muda. Merintis karier sebagai seorang penyanyi rap, gadis awal 20an ini telah berjaya mengumpul pengikutnya yang tersendiri di media sosial.

Baru-baru ini, penyanyi tersebut telah berkongsi video di TikTok menunjukkan kehidupan kampusnya apabila masih berbaki beberapa semester lagi bagi menghabiskan pengajian di peringkat ijazah.

Dalam muat naiknya  itu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhar, 22 telah berkongsi momen setelah selesai kelas pada hari berkenaan.

Namun, apa yang menjadi sorotan netizen adalah nose ring atau subang dipakai oleh selebriti itu yang terlihat aneh oleh sesetengah warganet.

@bungaisme.1

Okay kelas habis dh gais #unipurple #fyp #foryoupage

♬ son original – quentin🕷

Apa yang menjadikan penampilan penyanyi itu sebagai satu bahan hiburan oleh netizen adalah disebabkan mereka berasa subang tersebut seperti mata kail. Ada juga yang turut menyamakan nore ring berkenaan seperti gegantung kunci.

 

Walau bagaimanapun, ada juga yang merasakan pemakaian subang di hidung bukanlah satu masalah dan sudah pun menjadi trend pada hari ini.

Mereka juga memuji Bunga Isme yang tetap cantik dengan dandanannya yang masih berbaju kurung ketika di pusat pengajian dan beberapa peminat sempat bertanya lokasi dia mendapatkan subang terbabit kerana ingin memakainya sama.

Sumber: TikTok bungaisme.1

Scroll to Top