Bunuh anak dengan mesin pemotong kayu kerana ubah markah adik tiri

Bunuh anak dengan mesin pemotong kayu kerana ubah markah adik tiri
Bunuh anak dengan mesin pemotong kayu kerana ubah markah adik tiri

Mangsa dibunuh dengan kejam oleh bapanya menggunakan mesin pemotong kayu dalam kejadian di Daund di daerah Pune, negeri Maharashtra. Foto hiasan

PUNE – Satu pembunuhan menggemparkan penduduk di negeri barat India.

Mangsa, dikenali sebagai Anamika, 9, dibunuh dengan kejam oleh bapanya menggunakan mesin pemotong kayu dalam kejadian di Daund di daerah Pune, negeri Maharashtra.

Menurut laporan siasatan, pelaku dikenali sebagai Shantaram Duryodhan Chavan turut cuba menghapuskan bukti dengan membalut mayat anaknya dengan kain sebelum membakarnya.

Susulan pembunuhan ngeri itu terbongkar, pihak berkuasa telah menahan Chavan bersama ibu tiri mangsa, Chinki Bhonsle yang disyaki turut bersubahat.

“Insiden itu berpunca daripada pertelingkahan kecil berpunca daripada keputusan peperiksaan sekolah. Adik tirinya, Sanskar mendapat tempat pertama manakala Anamika meraih tempat kedua. Keluarganya kemudian mengejeknya hingga menyebabkan Anamika mengubah markah ujian Sanskar.

“Bapanya bagaimanapun naik angin lalu menyerang mangsa dengan mesin pemotong kayu yang telah membunuhnya serta-merta,” kata jurucakap polis.

Siasatan forensik di lokasi kejadian berjaya menemui cebisan tubuh mangsa yang rentung dan dihantar ke Hospital Sassoon untuk ujian DNA.

Kes tersebut kini disiasat oleh Balai Polis Daund di bawah seksyen undang-undang yang berkaitan. – Agensi

 

 

Scroll to Top