PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan prestasi positif selari dengan pengukuhan kebanyakan pasaran saham utama di rantau Asia.
Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan naik 5.07 mata kepada 1,691.31 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,686.24 pada Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,691.47.
Jumlah dagangan sebanyak 2.89 bilion unit bernilai RM2.60 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 663 berbanding 400 dengan 562 kaunter tidak berubah dan 1,083 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 1,028.79 mata atau 1.84 peratus kepada 56,924.11 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.14 peratus kepada 4,984.10 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 1.40 peratus kepada 5,858.87.-UTUSAN




