Buruh mengaku rogol kekasih bawah umur

Buruh mengaku rogol kekasih bawah umur

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol kekasihnya yang di bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Nor Akmal Amaran, 23, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Dia dituduh merogol remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan di rumah tanpa nombor di Dabong, Kuala Krai pada 2 pagi, 22 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tiada jaminan ditawar kepada tertuduh dan mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenar diikat jamin. Sebutan semula kes ditetapkan 29 Oktober.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top