Cabaran ekstrem Honor Magic V6 tamatkan mitos telefon lipat mudah rosak

Cabaran ekstrem Honor Magic V6 tamatkan mitos telefon lipat mudah rosak

KUALA LUMPUR: Industri telefon pintar boleh lipat dilihat semakin berkembang pesat namun keraguan pengguna tentang ketahanannya masih belum hilang sepenuhnya.

Rata-rata pengguna masih lagi menganggap peranti kategori ini terlalu rapuh, mudah rosak, dan menelan kos yang mahal untuk dibaiki.

Justeru itu, bagi mengubah persepsi lapuk ini, HONOR bakal melancarkan model flagship terbaharu mereka iaitu HONOR Magic V6 tidak lama lagi.

Menariknya, HONOR memilih untuk menangani keraguan tersebut secara langsung melalui siri ujian tekanan yang sangat ekstrem dan berani.

Bayangkan, peranti ini diuji menarik sebuah pesawat komersial, menghela kereta lumba, mengangkat seorang dewasa melakukan pull-up, malah digesek dengan mesin gerudi pada skrin.

Lebih menakjubkan, setelah semua cabaran  itu tamat, engselnya masih mampu membuka dan menutup dengan lancar tanpa sebarang kerosakan fizikal.

Sudah tentu ini bukan sekadar gimik pemasaran kosong, sebaliknya ia adalah keputusan tulen yang telah pun disahkan oleh rekod rasmi industri.

Melalui pembuktian ekstrem ini, HONOR Magic V6 tanpa ragu-ragu dinobatkan sebagai telefon lipat paling kuat yang pernah dibina.

Rahsia engsel keluli gred aeroangkasa

Cabaran ekstrem Honor Magic V6 tamatkan mitos telefon lipat mudah rosakKajian dalaman HONOR mendapati kira-kira 33 peratus bakal pembeli bimbang engsel akan longgar, rangka melengkung, atau skrin retak dalam penggunaan harian.

Bagi menangani kebimbangan tersebut, HONOR menampilkan penyelesaian konkrit menerusi komponen HONOR Super Steel Hinge yang diperbuat daripada keluli khas berkekuatan tegangan 2,800 MPa.

Untuk rekod, material ini merupakan keluli komersial terkuat dalam peranti pengguna setakat ini dan sudah pun lulus ujian lipatan sebanyak 500,000 kali oleh SGS.

Berdasarkan jangkaan kadar penggunaan 100 lipatan sehari, ini bermakna jangka hayat engsel berkenaan mampu bertahan dengan sangat baik melebihi 13 tahun.

Bukan itu sahaja, dalam ujian dunia sebenar, Magic V6 berjaya membuktikan taringnya dengan menarik pesawat komersial sejauh 150 meter dan supercar sejauh 30 meter.

Lebih mengejutkan, selepas ujian berat tersebut, engselnya kekal utuh, tiada kebocoran skrin, tiada piksel mati, dan langsung tiada kesan lenturan dikesan.

Rentetan pencapaian luar biasa itu, ujian menarik pesawat berkenaan turut menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Record dan ASEAN Record menerusi gelaran Heaviest Aircraft Towed by a Foldable Smartphone.

Di sebalik ketahanan fizikalnya yang mengagumkan, penggunaan bahan gred aeroangkasa membolehkan peranti ini mengekalkan berat hanya 219 gram.

Malah, HONOR Magic V6 tampil dengan reka bentuk ultra-nipis, iaitu setebal 8.75mm ketika dilipat dan hanya 4mm apabila dibuka.

Menariknya, walaupun senipis 4mm, peranti ini terbukti mampu menampung berat seorang dewasa melakukan aksi pull-up tanpa menyebabkan rangkanya rosak atau melengkung.

Menerusi pencapaian itu, HONOR menterjemahkan falsafah “nipis, bukan lembut”, sekali gus memberi keyakinan kepada pengguna bahawa telefon pintar ini mampu bertahan walaupun dihimpit di dalam beg atau terjatuh di atas permukaan konkrit.

Skrin luar dalam kebal, mesin gerudi gagal tinggalkan kesan

Melangkah ke bahagian paparan, skrin luar Magic V6 dilindungi sepenuhnya oleh teknologi HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang dibina dengan 5,600 lapisan salutan silicon nitride.

Pengenalan teknologi canggih ini menawarkan rintangan jatuh sehingga 10 kali ganda lebih baik, rintangan calar 15 kali ganda lebih kuat, serta rintangan lelasan tiga kali ganda lebih tinggi.

Tidak cukup dengan itu, prestasi anti-silaunya turut dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda dengan kadar pantulan cahaya serendah 1.5 peratus bagi memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Ketahanan ini semakin terbukti apabila mata mesin gerudi kasar yang digunakan untuk mengikis karat sekalipun gagal meninggalkan kesan calar atau garis pada permukaan skrin luarnya.

Sementara itu, skrin bahagian dalam pula menggunakan teknologi HONOR Magic Diamond Screen yang dilengkapi lapisan kaca fleksibel UTG (Ultra-Thin Glass) berketahanan tinggi.

Berbanding panel plastik CPI biasa yang masih banyak digunakan pada peranti lain, material UTG ini menawarkan peningkatan dari segi kekerasan, kejernihan paparan, serta ketahanan terhadap hentakan.

Lebih menarik lagi, skrin dalaman ini turut menerima Pensijilan Zero-Perception Crease daripada SGS kerana kesan lipatan di bahagian tengahnya kelihatan jauh lebih halus dan rata berbanding model pesaing.

Perlindungan kalis air dan jaminan selepas jualan yang lebih menyeluruh

Selain tahan lasak dan tahan calar, HONOR Magic V6 juga hadir dengan penarafan IP68 dan IP69 yang memberikan perlindungan tinggi terhadap habuk dan air.

Melalui penarafan ini, peranti tersebut mampu bertahan dalam rendaman air sehingga kedalaman 1.5 meter, selain tahan terhadap semburan air panas dan tekanan tinggi untuk penggunaan harian.

Perlindungan ini disokong oleh reka bentuk pada bahagian butang dan celah engsel mikro yang dimeterai dengan sangat rapi bagi mengelakkan air atau habuk masuk ke dalam peranti.

Bagi memberi ketenangan kepada pengguna, HONOR turut menawarkan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang selama dua tahun, lebih lama berbanding jaminan standard industri yang kebiasaannya hanya setahun.

Bukan itu sahaja, pengguna juga menerima Perlindungan Retak Skrin Luar dan Dalam selama setahun bagi mengurangkan kebimbangan terhadap kos pembaikan yang mahal.

Menerusi pelbagai ujian ketahanan ekstrem yang telah dijalankan, HONOR Magic V6 dilihat berjaya membuktikan bahawa telefon lipat kini tidak lagi mudah rosak seperti tanggapan sesetengah pengguna sebelum ini.

Keyakinan HONOR terhadap model ini turut diperkuatkan dengan data pasaran terkini yang menunjukkan satu daripada setiap tiga telefon lipat yang dijual datang daripada jenama tersebut.

HONOR Magic V6 dijadualkan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 4 Jun ini, jam 8 malam.

Sesi tempahan awal eksklusif kini sudah dibuka dengan deposit serendah RM300, dan setiap tempahan yang berjaya akan menerima hadiah percuma berupa HONOR Magic Pen bernilai RM499.

Pra-tempah hari ini di sini untuk nikmati lebih banyak promosi menarik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top