Cabaran skuad hoki buru tiket Olimpik Paris 2024

Cabaran skuad hoki buru tiket Olimpik Paris 2024

Skuad hoki lelaki negara menggalas cabaran besar untuk meraih tiket ke Paris dalam pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman Januari tahun depan. – Foto Facebook MHC (Gambar kecil: Mirnawan)

SKUAD hoki lelaki negara, The Speedy Tigers optimis mampu untuk meraih tiket ke Paris menjelang pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman pada Januari tahun depan.

Meskipun sedar bakal berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Great Britain, Pakistan dan China, skuad Speedy Tigers tetap bertekad menyambar slot Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengurusnya, Datuk Mirnawan Nawawi percaya cabaran tersebut mampu ditempuh berdasarkan pengalaman para pemain beraksi di pentas antarabangsa termasuk Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan lalu.

Malah, beliau berkata, anak-anak buahnya sudah melupakan peristiwa di Hangzhou dan mahu menjadikan saingan Kelayakan Olimpik itu sebagai pentas kebangkitan untuk menuju ke Paris tahun depan.

Scroll to Top