Cabaran Soon Huat-Shevon di Thailand tersekat awal

Cabaran Soon Huat-Shevon di Thailand tersekat awal

PASANGAN beregu campuran utama negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal melepasi Pusingan Pertama Terbuka Thailand 2024 selepas tumbang kepada gandingan bukan pilihan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.

Soon Huat-Shevon yang tampil dengan status pilihan ketiga tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha dalam perlawanan tiga set di kejuaraan Super 500 Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut.

Beregu nombor 16 dunia itu bermula cemerlang pada set pertama apabila menang 21-19 dalam pertarungan sengit yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Bagaimanapun set kedua gandingan Thailand yang berstatus 35 dunia tampil lebih agresif untuk menang 21-17.

Set ketiga, Ruttanapak-Jhenicha tidak menoleh ke belakang lagi apabila meneruskan rentak kemenangan 21-13 dalam masa 56 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!