Calon Bebas DUN Sri Tanjung berdepan tindakan MCMC

Calon Bebas DUN Sri Tanjung berdepan tindakan MCMC

PORT DICKSON– Seorang calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung mendakwa dirinya bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang bulan depan atas pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut Islah Wahyudi Zainudin,46, notis pertuduhan tersebut diterimanya selepas didatangi oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa.

“Kes itu berkenaan hantaran saya di media sosial yang mendesak supaya pihak berkaitan membuang identiti penjajah negara kita terutama pada nama tempat di Negeri Sembilan.

“Saya juga ada berkongsi lakaran kartun tiga lelaki, tapi saya akan bagi kenyataan lanjut dalam sidang media esok berserta pelancaran manifesto saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Islah Wahyudi bertanding di kerusi Sri Tanjung menentang empat calon lain, termasuk penyandangnya, Datuk Dr G Rajasekaran (Pakatan Harapan}, A Achutan (BarisanNasional), M Leevinesh (Bersatu) dan seorang lagi calon bebas iaitu A Saravanan.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mededahkan dua aktivis yang menentang pencerobohan tanah bagi pembinaan kuil haram, Tamim Dahri Abdul Razak dan Islah Wahyudi telah diambil tindakan oleh pihak polis termasuk menahan seorang daripada mereka.

Scroll to Top