Calon Isteri ‘Perfect 10’, Netizen Minta Keith Foo Jangan Sia-Siakan Riena Diana – “Pandai Masak, Cantik… Hantaran RM30,000 Pun Berbaloi”

Calon Isteri ‘Perfect 10’, Netizen Minta Keith Foo Jangan Sia-Siakan Riena Diana – “Pandai Masak, Cantik… Hantaran RM30,000 Pun Berbaloi”

Pelakon jelita, Riena Diana sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila video dia memasak bekal makanan untuk kekasih hatinya, pelakon Keith Foo, tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok dan Instagram, Riena dilihat menyediakan hidangan lengkap seperti ayam masak sambal, telur dadar, dan buah-buahan sebelum membungkusnya ke dalam bekas makanan untuk dibawa Keith ke lokasi penggambaran.

Aksi spontan dan bersahaja Riena itu menerima pujian ramai yang menyifatkan aktres drama popular ‘Kampung People’ itu sebagai calon isteri ‘perfect 10’ yang  bukan sahaja cantik dan berbakat, malah pandai mengambil hati pasangan.

Tidak kurang juga yang memuji sikap Riena yang dilihat begitu ‘all-out’ dalam menunjukkan kasih sayang, tanpa perlu menunjuk-nunjuk kemesraan mereka.

@rienadiana_

First time datang london & shooting untuk our new drama #Janjipadahati ❤️ Dapat pairing dengan abang kitpu korang lagi! @Keith Foo Official Kita rindu malaysian food so kita masak sendiri & pack for abang kitpu jugak so basically this is my routine for the past few days before start shoot every morning! ✨💖

♬ original sound – riena diana – riena diana

Riena atau nama penuhnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, sebelum ini mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Keith sejak tahun lalu.

Malah, mereka kerap memuat naik momen mesra bersama namun masih kekal merendah diri tanpa sebarang pengumuman rasmi mengenai fasa seterusnya hubungan itu.

Terdahulu, Keith yang kini aktif semula dalam dunia lakonan turut pernah menyatakan hasrat untuk ‘settle down’ dan tidak menolak jika dijodohkan dengan Riena.

Scroll to Top