Caltex Malaysia umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri

Caltex Malaysia umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri
Caltex Malaysia umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri

Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. – Gambar hiasan

CALTEX Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri mungkin mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel bagi tempoh beberapa hari akan datang bermula semalam.

Dalam satu hantaran di Instagram, Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

Syarikat berkenaan menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya.

Ia menambah bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk memberi keutamaan kepada pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan.

Caltex turut memohon maaf berhubung segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran serta pemahaman mereka. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top