Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada seorang penyanyi lagenda susulan insiden menyerang Shila Amzah secara verbal ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
Memetik BH Online, polis mendedahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang.
BACA: “Tahulah Apa Nasib Kau Nanti” – Penyanyi Rock Lelaki Herdik Shila Amzah
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini, empat individu sudah dirakam percakapan termasuk saksi di lokasi kejadian.
“Suspek yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dirakam keterangan.
“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya.
Sumber: BH Online
Dalam pada itu, tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak lain selain laporan oleh pengadu berkaitan insiden berkenaan.