asyikin.mat@hmetro.com.my
Candat dan tuwiz diragut sotong serta berjaya membawanya naik ke atas bot adalah detik yang menggembirakan kaki candat sotong.
Lebih-lebih lagi apabila hasil buruan ‘haiwan tulang lembik’ ini banyak diperoleh hingga mencecah ratusan kilogram.Ia umpama kejayaan besar pencandat hingga ‘ketagih’ dan kembali ke dunia hanyir berkenaan.Cerita Yusnisham Mohamed Yusof, 43, dia sudah 20 tahun melakukan aktiviti mencandat sotong di perairan Kuantan, Pahang.Menurutnya, dia aktif melakukan aktiviti berkenaan pada musim mencandat sotong yang bermula pada hujung April hingga November.”Aktiviti ini semakin diminati dan sotong menjadi buruan kerana harganya lebih tinggi berbanding ikan.”Harganya meningkat setiap tahun dan mencecah RM40 kilogram berbanding harganya antara RM8 hingga RM10 kira-kira 20 tahun lalu,” katanya.Katanya, peningkatan harga itu juga disebabkan bukan hanya permintaan yang tinggi, tetapi bekalan sotong yang semakin berkurangan.”Ini berpunca daripada kekurangan ‘kandang’ sotong iaitu lokasi sotong berkumpul dan bertelur.”Setiap tahun sotong akan datang ke tempatnya bertelur,” katanya.
Yusnisham berkata, sekiranya berjaya menjumpai kandang sotong, maka berpotensi mendapat banyak sotong.”Selalunya saya menggunakan sonar untuk mengesan lubuk sotong.”Hasil sotong paling banyak pernah diperoleh ialah sebanyak 100 kilogram (kg),” katanya. Selalunya dia berada di laut selama lapan jam dan aktiviti mencandat sotong bermula antara jam lima petang hingga lapan pagi.”Saya mencandat sotong menggunakan joran atau candat (umpan palsu) yang dilengkapi mata kail.”Perlu menarik tali perlahan-lahan apabila sotong menyambar gewang supaya ia tidak terlepas,” katanya.Katanya lagi, dia melakukan aktiviti itu bersama dua rakan atau dalam kumpulan kecil terdiri daripada enam orang.”Berada di tengah lautan dalam tempoh lama tidak pernah membuatkan saya berasa takut apabila berhadapan bencana.
“Ini kerana ilmu laut dijadikan ‘bekalan’ sebagai ikhtiar apabila berhadapan sebarang perkara tidak dijangka,” katanya.Yusnisham berkata, pengalaman tidak boleh dilupakan ialah apabila tali bot pukat tunda tersangkut pada sauh bot dinaikinya.”Hampir 30 minit berada situasi agak mencemaskan itu kerana bot terumbang ambing.”Tindakan pantas saya bersama rakan adalah dengan menarik tarik tali itu dan dapat mengelakkan bot kami daripada karam.
“Situasi biasa dihadapi ialah kejadian ribut laut tetapi segera bertindak meninggalkan kawasan itu ke tempat lain yang lebih selamat,” katanya.Yusnisham menasihati mereka yang ingin mencuba aktiviti mencandat sotong supaya tidak ke laut ketika laut bergelora untuk keselamatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd