Oh! Tidak
Caprice dedah mesej bekas staf dakwa sesi latihan ekstrem dan tidak bermoral. Betul ke sampai macam tu?
Sekali Caprice dan ambil kes ni, memang sampai lubang cacing la dia akan cari. Sekarang ni, isu program motivasi wanita yang didakwa lakukan ajaran sesat pula disiasat.
Terbaru, Caprice kongsi pula pendedahan mesej peribadi yang dihantar oleh individu mendakwa dirinya bekas staf organisasi berkenaan.
Dalam mesej tersebut, individu itu mendakwa pernah mengikuti sesi pada tahun 2023 yang dianggap sangat ekstrem.
Tapi yang time 2023 tu pun, actually memang ada satu session yang agak hardcore actually. And semua staff kecuali staff lama agak terkedu dan terdiam la juga sebab extreme sangat.- Katanya.
Arahan berpakaian ‘ikut suka’ dan seksi, yang kemudian menjurus kepada aksi tak senonoh…

Menurut mesej yang dikongsi, peserta diberi kelonggaran berpakaian apa sahaja, sama ada ‘sexy outfit’ atau ‘gorgeous outfit’.
Namun, yang mengejutkan adalah pendedahan bahawa beberapa fasilitator dan ketua dikatakan berpakaian terlalu menjolok mata, termasuk memakai baju jarang tanpa pakaian dalam.
Puan Dee memang sexy giler. Like pakai baju jaring-jaring tu. And wear nothing inside.- Dakwa sumber itu lagi.
Keadaan menjadi lebih janggal apabila mereka dikatakan menari secara ghairah mengikut warna masing-masing, yang kononnya mewakili ‘sexual blueprint’.
Staf baru alami kejutan budaya, rasa seperti masuk parti liar…




Kebanyakan staf baru dilaporkan mengalami culture shock yang teruk, malah ada yang menyamakan suasana itu seperti pesta liar.
Selain isu moral, individu berkenaan turut mendakwa syarikat tersebut gagal membayar caruman KWSP (EPF) untuk staf mereka. Lebih mengejutkan, selepas ramai staf keluar, sesi latihan didakwa menjadi semakin ekstrem.
Seorang lagi bekas staf tampil menyatakan dia memiliki rakaman video sesi dikenali sebagai ‘Queen Night’ yang menunjukkan individu dalam keadaan separuh bogel di hadapan lelaki yang telah berkeluarga.
Pssttt! Sebagai masyarakat, kita perlu sentiasa peka dengan apa jua aktiviti yang kita sertai, walaupun ia dilabel sebagai sesi motivasi atau latihan korporat. Jangan terlalu mudah percaya dan ikut serta tanpa menilai kandungan serta prinsip di sebaliknya. Kalau korang rasa sesuatu aktiviti tu dah mula menyimpang dari adab dan akhlak, beranikan diri untuk bersuara atau berundur.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!