PEMAIN Manchester United, Casemiro terlepas rombongan ke Fulham bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu selepas mengalami kecederaan ketika The Red Devils tewas 0-3 kepada Newcastle United saingan Piala Liga, kata pengendali Erik ten Hag.
Pemain Brazil itu digantikan Sofyan Amrabat pada separuh masa perlawanan yang menyaksikan United tersingkir daripada saingan kalah mati.
“Sebelum separuh masa, dia mengalami kecederaan. Itulah sebabnya kami terpaksa mengeluarkannya.
“Kami perlu menunggu 24 jam, tetapi saya rasa pasti untuk Sabtu dia tidak bermain,” kata ten Hag tanpa menyatakan jenis kecederaan.



