Catcha Digital Ambil Alih TechNave, Langkah Strategik Kukuhkan Dunia Teknologi Digital

Catcha Digital Ambil Alih TechNave, Langkah Strategik Kukuhkan Dunia Teknologi Digital

Oh! Bisnes

Pengambilalihan ini membuka peluang sinergi hasil yang besar serta potensi jualan silang yang signifikan!


Catcha Digital Berhad hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, iMedia Asia Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli saham bersyarat untuk memperoleh 100% pegangan ekuiti dalam Maxoom Sdn Bhd, syarikat yang memiliki dan mengendalikan portal teknologi terkemuka TechNave.

Nilai keseluruhan urus niaga tersebut ialah RM6.125 juta, yang akan dibiayai menggunakan dana dalaman syarikat. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.8 juta akan dibayar pada tarikh penyiapan urus niaga, manakala RM4.325 juta lagi akan dibayar 12 bulan selepas tarikh tersebut. Pengambilalihan ini turut merangkumi jaminan aset bersih sebanyak RM885,000 pada tarikh akaun penyiapan.

Pengambilalihan strategik perkukuh kedudukan Catcha Digital

Catcha Digital

Catcha Digital menyatakan bahawa langkah strategik ini menandakan kemasukan rasmi kumpulan tersebut ke dalam segmen teknologi pengguna, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam landskap media digital tempatan.

TechNave merupakan syarikat media digital pelbagai bahasa yang memberi tumpuan kepada berita teknologi pengguna, ulasan gajet, produk digital, serta kenderaan elektrik (EV). Ia beroperasi dalam bahasa Inggeris, Cina dan Melayu, dengan capaian lebih 2 juta pengguna bulanan di Facebook dan Instagram, serta 1.5 juta tontonan bulanan di YouTube dan TikTok.

Technave

Syarikat itu telah membina hubungan kukuh dan jangka panjang dengan jenama teknologi global utama termasuk Samsung, Oppo, Huawei, Honor dan Xiaomi, serta capaian audiensnya akan melengkapi rangkaian sedia ada Catcha Digital.

Patrick Grove
Pengerusi Catcha Digital Patrick Grove

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove, berkata pengambilalihan ini akan membawa nilai tambah segera kepada syarikat melalui penggabungan operasi dan potensi sinergi kumpulan.

Kami amat teruja menyambut TechNave ke dalam keluarga Catcha Digital. Gabungan kredibiliti TechNave dengan rangkaian gaya hidup iMedia akan menghasilkan tawaran yang lebih menyeluruh untuk para pengiklan.

Sementara itu, Pengasas Bersama TechNave, Steven Boon, berkata penyertaan dalam Catcha Digital merupakan langkah penting untuk memperkukuh potensi pertumbuhan syarikat.

Sejak kami menubuhkan TechNave, kami berusaha membina platform teknologi pelbagai bahasa yang dipercayai di Malaysia. Menyertai Catcha Digital adalah langkah tepat untuk membawa syarikat ke tahap lebih tinggi.

Sebahagian baripada strategi luaskan kumpulan

Technave
Dari kiri Kenny Hee Kai Hoong Pengasas Bersama TechNave Steven Boon Yau Hun Pengasas Bersama TechNave Datuk Mohd Rafiq bin Mat Razali Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad dan Pengarah TechNave Voon Tze Khay Ketua Pegawai Eksekutif iMedia Asia Sdn Bhd Jacky Tee Choon Wee Ketua Pegawai Kewangan iMedia Asia Sdn Bhd Loh Ken Wei Ketua Pegawai Operasi iMedia Asia Sdn Bhd

Pengambilalihan TechNave adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Catcha Digital untuk membina kumpulan digital terkemuka di ASEAN, seiring dengan pertumbuhan pesat ekonomi digital serantau yang dianggarkan bernilai RM1 trilion, menurut laporan Google, Temasek dan Bain & Company bagi tahun 2024.

Dalam tempoh 12 bulan lalu, Catcha Digital telah melaksanakan tujuh pengambilalihan strategik melibatkan pelbagai syarikat seperti One International Exhibition Sdn Bhd, Theta Service Partner Sdn Bhd, Framemotion Studio Sdn Bhd, Digital Symphony Sdn Bhd, Tastefully Malaysia Sdn Bhd, Drive 2 Digital Sdn Bhd, dan Nexible Solutions Sdn Bhd.

Secara keseluruhan, syarikat-syarikat yang diambil alih itu dijangka menyumbang keuntungan terkumpul sekitar RM26.7 juta dalam tempoh 12 bulan selepas penyiapan atau menjelang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Catcha Digital terus komited untuk meneroka pelaburan baharu dan peluang pengambilalihan yang dapat melengkapkan segmen perniagaan sedia ada serta memperluas kehadirannya dalam ekonomi digital rantau ini.

Kredit: Catcha Digital
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top