Catcha Digital Catat Lonjakan Hasil Sebanyak 114%, Cecah RM47.69 Juta Dalam Separuh Tahun 2026 | Oh! Bisnes – Oh! Media

Catcha Digital Catat Lonjakan Hasil Sebanyak 114%, Cecah RM47.69 Juta Dalam Separuh Tahun 2026 | Oh! Bisnes – Oh! Media

Catcha Digital Berhad terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila merekodkan hasil RM47.69 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2026 (H1 FY2026), meningkat sebanyak 114% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam tempoh sama, kumpulan itu turut mencatatkan Adjusted EBITDA sebanyak RM8.69 juta, meningkat 80% tahun ke tahun, manakala Adjusted PATAMI meningkat 14% kepada RM3.64 juta.

Menurut Catcha Digital, pertumbuhan tersebut sebahagian besarnya didorong oleh prestasi portfolio media digital yang terus menjadi enjin utama pendapatan kumpulan.

Segmen media digital merekodkan hasil RM46.41 juta bagi H1 FY2026 berbanding RM21.61 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ini menyaksikan hasil segmen tersebut meningkat sekitar 115% tahun ke tahun.

Dari segi keuntungan operasi, media digital turut mencatatkan Adjusted EBITDA sebanyak RM11.72 juta, meningkat 100% berbanding RM5.85 juta pada H1 FY2025.

“Revenue lebih daripada berganda” – Eric Tan

Eric Tan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Digital, Eric Tan berkata prestasi itu menunjukkan platform yang dibina kumpulan tersebut terus berkembang.

We are two years into building a permanent home for market-leading companies. The revenue has been growing meaningfully, our half-year revenue more than doubled year-on-year and our adjusted EBITDA grew 80%, which tells us the underlying platform is compounding as intended.

Beliau menjelaskan kerugian berkanun yang direkodkan kumpulan bukan mencerminkan kos operasi perniagaan semata-mata, sebaliknya sebahagian besarnya berkaitan kos perakaunan daripada pengambilalihan lapan syarikat dalam tempoh 15 bulan.

Sementara itu, segmen B2B Expo tidak menganjurkan sebarang pameran pada suku kedua dan merekodkan Adjusted LATAMI sebanyak RM0.45 juta.

Namun, keadaan itu dijangka berubah pada separuh kedua tahun kewangan apabila pameran utama kumpulan dijadualkan berlangsung pada suku ketiga.

Antara acara yang berada di bawah segmen berkenaan termasuk Agri Malaysia, MBAM OneBuild dan Malaysian International Food and Beverage Trade Fair (MIFB).

Catcha Digital menjangkakan sumbangan hasil dan keuntungan daripada segmen B2B Expo akan lebih tertumpu pada separuh kedua FY2026.

Tunai RM30.40 juta, terus perkukuh strategi pengambilalihan

Ohmedia catcha Digital

Dari sudut kewangan, kumpulan itu mempunyai tunai dan setara tunai sebanyak RM30.40 juta setakat 30 Jun 2026.

Jumlah pinjaman bank pula sekitar RM12.29 juta.

Catcha Digital turut mempunyai kemudahan kredit pusingan RM35 juta dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad serta potensi mengumpul sehingga RM73 juta melalui pelaksanaan penuh waran yang diterbitkan menerusi Rights Issue pada 2025.

Sudah lapan pengambilalihan

Catcha digital logo 2'GATE' in black above and 'DIGITAL' in red below.

Strategi pertumbuhan Catcha Digital turut dipacu melalui pengambilalihan syarikat dalam tiga segmen utama iaitu media digital, B2B expo dan penyelesaian IT.

Kumpulan itu telah menyelesaikan tujuh pengambilalihan pada 2025 dan satu lagi pada suku pertama FY2026.

Antara pengambilalihan terbaharu ialah ExpoCO Sdn Bhd (MIFB) pada 31 Mac 2026, yang memberikan Catcha Digital pegangan ekuiti efektif sebanyak 60%.

Catcha Digital turut meningkatkan pegangan dalam Headline Media Sdn Bhd, pemilik platform digital seperti WeirdKaya, LokLokWords dan Ezlokal Food, kepada 80%.

Pengambilalihan lain termasuk Framemotion Studio, Maxoom, One International Exhibition, Tastefully Malaysia, Drive 2 Digital dan Nexible Solutions.

Tiada pengambilalihan baharu dilakukan pada suku kedua FY2026.

“Kami menjangkakan pertumbuhan bermakna” – Patrick Grove

Patrick

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata kumpulan itu kini mempunyai portfolio yang semakin berkembang merentasi tiga bidang perniagaan.

With our B2B Expo exhibitions weighted to the second half, we expect earnings to inflect through the remainder of the year and ending FY2026 with meaningful growth compared to 2025.

Beliau turut menegaskan komitmen kumpulan terhadap pertumbuhan aliran tunai bebas untuk jangka panjang serta usaha bekerjasama dengan usahawan yang membina perniagaan dalam kategori masing-masing.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top