Catcha Digital Catat Rekod Pendapatan RM67.63 Juta, Melonjak 76 Peratus Pada 2025

Catcha Digital Catat Rekod Pendapatan RM67.63 Juta, Melonjak 76 Peratus Pada 2025

Catcha Digital Berhad sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan pencapaian kewangan paling kukuh setakat ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025).

Berdasarkan keputusan kewangan tidak diaudit yang diumumkan pada 26 Februari 2026, Catcha Digital berjaya mencatat pertumbuhan luar biasa merentasi hampir semua metrik utama mereka.

Prestasi kewangan FY2025 paling kukuh setakat ini

Bagi 2025, Catcha Digital merekodkan:

  • Pendapatan sebanyak RM67.63 juta, meningkat 76 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Adjusted EBITDA sebanyak RM14.76 juta, naik 83 peratus.
  • Adjusted PATAMI sebanyak RM8.54 juta, melonjak 64 peratus.
  • Adjusted EPS 2.26 sen, meningkat 53 peratus.
  • Aliran tunai bersih daripada operasi sebanyak RM11.00 juta (peningkatan RM14.92 juta berbanding aliran keluar RM3.92 juta sebelum ini)
  • Kedudukan tunai kukuh sebanyak RM30.74 juta setakat 31 Disember 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan, berkata prestasi tersebut mencerminkan kejayaan integrasi pengambilalihan dalam segmen ekspo B2B serta pengembangan berterusan perniagaan media digital.

Catcha Digital

Tambah beliau lagi;

Walaupun angka statutori yang dilaporkan merangkumi pelarasan perakaunan bukan tunai berkaitan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A), prestasi operasi dan aliran tunai asas kami kekal kukuh. Kami fokus untuk membuka potensi keuntungan penuh daripada pengambilalihan baharu dan mengekalkan trajektori pertumbuhan mampan untuk pemegang saham

7 pengambilalihan kukuhkan kedudukan Catcha Digital

Pertumbuhan Kumpulan pada 2025 turut disokong sumbangan entiti baharu termasuk One International Exhibition Sdn Bhd, yang menyumbang RM7.17 juta hasil.

Sepanjang 2025, Catcha Digital melengkapkan tujuh pengambilalihan strategik dalam sektor media digital, B2B expo dan teknologi.

Antara yang menjadi perhatian ialah peningkatan pegangan ekuiti dalam Headline Media Sdn Bhd daripada 30 peratus kepada 80 peratus pada 22 Disember 2025. Syarikat itu memiliki platform digital termasuk Weirdkaya, LokLokWords dan Ezlokal Food.

Selain itu, Catcha Digital turut mengambil alih:

  • 100 peratus Maxoom Sdn Bhd bernilai RM6.13 juta.
  • 60 peratus Framemotion Studio Sdn Bhd bernilai RM37.32 juta.
  • 60 peratus One International Exhibition Sdn Bhd bernilai RM11.38 juta.
  • 70 peratus Tastefully Malaysia Sdn Bhd bernilai RM7.6 juta.
  • 60 peratus Drive 2 Digital Sdn Bhd bernilai RM16.2 juta.
  • 51 peratus Nexible Solutions Sdn Bhd bernilai RM11.3 juta.

Kesemua pengambilalihan ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan dengan anggaran agregat keuntungan sekitar RM16.1 juta berdasarkan tempoh 12 bulan selepas selesai urus niaga atau FYE 31 Disember 2025 yang berkaitan.

Modal lebih RM100 juta untuk perluasan seterusnya

Pengembangan agresif Catcha Digital turut disokong asas modal yang kukuh. Pada akhir 2025, syarikat berjaya melengkapkan Rights Issue bernilai RM24.3 juta yang terlebih langganan sebanyak 78 peratus.

Apabila waran dilaksanakan sepenuhnya, syarikat berpotensi mengumpul tambahan sehingga RM73 juta lagi. Ini ditambah dengan kemudahan kredit pusingan RM35 juta bersama Affin Hwang Investment Bank Berhad yang dimuktamadkan pada 28 Ogos 2025.

Dengan jumlah modal pemerolehan melebihi RM100 juta, Catcha Digital kini berada dalam posisi yang sangat kukuh untuk meneruskan strategi pengambilalihan berimpak tinggi.

Catcha Digital

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berkata:

Melangkah ke 2026, kumpulan menjangkakan sumbangan kewangan penuh daripada tujuh pengambilalihan pada 2025. Kami akan terus menilai peluang pengambilalihan dalam teras media digital, ekspo B2B dan penyelesaian IT. Kepada para pemegang saham, terima kasih atas sokongan berterusan. Hari terbaik kami masih di hadapan.

Jelas sekali, momentum Catcha Digital belum menunjukkan tanda perlahan dan FY2026 dijangka menjadi tahun yang lebih agresif buat kumpulan ini.

Pssttt! Lonjakan 76 peratus dalam pendapatan bukan sesuatu yang mudah dicapai. Strategi pengambilalihan agresif dan pengurusan tunai yang bijak jelas menjadi pemangkin kejayaan Catcha Digital. Jika momentum ini berterusan, tidak mustahil syarikat ini akan terus mendominasi landskap media digital dan teknologi tempatan.

Kredit: Catcha Digital
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top