Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Untuk Gaza

Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Untuk Gaza

Cef selebriti terkenal, Anis Nabilah memuat naik hantaran membuat keputusan untuk menghentikan perkongsian berkenaan makanan di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anis berkata berjuta-juta rakyat Gaza sedang berdepan krisis kemanusiaan yang serius, termasuk sekatan bekalan makanan, air bersih dan bantuan perubatan.

“Sekarang, berjuta-juta rakyat Gaza tengah hadapi kebuluran paksa. Bukan sebab perang sahaja, tapi atas dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaan Isra*l.

“Makanan disekat, air bersih tak ada, bantuan perubatan pun tak lepas. Ramai yang meninggal sebab kelaparan,” tulisnya.

Sementara itu, Anis menegaskan bahawa keadaan tersebut bukan sesuai yang boleh dianggap biasa dan kita tidak patut hanya berdiam diri sahaja serta menyeru orang ramai untuk menyuarakan sokongan atau paling kurang tidak hanya memandang ringan perkara berkenaan.


Scroll to Top