Cef Zam reda dikritik netizen, tiada niat perlekehkan sesiapa – “Tak terlepas buat silap”

Cef Zam reda dikritik netizen, tiada niat perlekehkan sesiapa – “Tak terlepas buat silap”

Cef selebriti terkenal, Zamzani Abdul Wahab, atau lebih dikenali sebagai Cef Zam tampil menjelaskan bahawa tidak mempunyai sebarang niat untuk memperlekehkan mana-mana pihak susulan kenyataan terdahulu yang mencetuskan amarah dalam kalangan netizen.

Tiada niat perlekehkan sesiapa

cef zam Tiada niat perlekehkan sesiapa

Menerusi satu hantaran di Threads, personaliti kulinari terkenal itu memaklumkan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafan berkenaan.

“Salam Subuh. Saya sudah memohon maaf di atas kesilapan saya setulus hati. Saya tidak berniat memperlekehkan sesiapa. Saya tak terfikir akan perkataan ‘menggeletis’ itu membawa makna yang buruk,” tulisnya.

Menurut Chef Zam, beliau mengakui sebagai manusia, setiap individu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tanpa mengira usia atau kedudukan.

“Kita manusia ni..tua, muda, waima kedudukan apa pun, tak akan terlepas dari berbuat silap. Namanya pun manusia. Dari situ kita belajar untuk menjadi lebih baik,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, dia turut menyatakan kesediaan menerima segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT.

“Saya terima setiap kecaman anda & berdoa agar anda semua dijauhi dari berbuat silap. I’ve done my part. I leave the rest to Allah SWT. Wallahualam,” ujarnya.

Artikel lain: Chef Zam mohon maaf pertikai ‘menggeletis’ balik awal, tersilap pilih perkataan

Terdahulu, Cef Zam memuat naik hantaran di Threads dengan ayat berbunyi; “Waktu berbuka 7.29pm. Yang ko menggeletis nak balik dari tempat kerja 4.30pm tu apasal pulak? Nak memasak utk catering business ke?.”

Susulan kenyataan itu, netizen tampil dengan pelbagak reaksi dengan memberikan pandangan balas mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

Mengakui kekhilafannya dalam memilih perkataan sehingga menimbulkan salah faham dan kemarahan netizen, Cef Zam kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber: Threads chef_zam

Scroll to Top