Cemas tujuh jam dalam tandas

New Delhi: Pelik tapi benar dan itu yang terjadi di Kampung Bilinele, Karnataka, India apabila seekor anjing terselamat daripada dibaham harimau bintang walaupun terkurung bersama hampir tujuh jam.

Portal English Jagran melaporkan kejadian itu berlaku Rabu lalu selepas harimau bintang mengejar anjing itu sehingga kedua-duanya terkurung dalam tandas.

Kewujudan haiwan itu disedari ketika seorang wanita cuba membuka pintu tandas jam 9 pagi dan ternampak ekor harimau bintang berkenaan.

Dia segera mengunci pintu tandas dan memberitahu kejadian itu kepada orang lain sebelum insiden itu tular di laman sosial.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan anjing dan harimau bintang itu duduk di satu sudut bertentangan antara satu sama lain, dalam jarak yang dekat.

Seorang pengguna Twitter yang juga wartawan dikenali sebagai Prajwa turut menceritakan kisah di sebalik insiden itu di Twitter dan memuat naik gambar.

Sumber- Agensi

Malay News
Social Media Updates