Cemburu bekas isteri kahwin lagi, suami baharu maut ditikam

Cemburu bekas isteri kahwin lagi, suami baharu maut ditikam
Pihak berkuasa memeriksa lokasi kejadian di Dusun IV Desa Sukamaju, Desa Sukamaju, Kecamatan Baturaja Barat, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan. - Foto Agensi

Pihak berkuasa memeriksa lokasi kejadian di Dusun IV Desa Sukamaju, Desa Sukamaju, Kecamatan Baturaja Barat, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan. – Foto Agensi

PALEMBANG – Gara-gara cemburu, seorang lelaki tergamak membunuh suami baharu bekas isterinya.

Suspek dikenali sebagai EH, 43, dikatakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa bekas isterinya, Heni Rosmawati, 44, sudah berkahwin lagi dengan Samiran, 45.

EU yang tidak berpuas hati nekad ‘menyerbu’ rumah Heni di Dusun IV Desa Sukamaju, Desa Sukamaju, Kecamatan Baturaja Barat, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan di Indonesia pada malam Sabtu.

“Ketika itu, Samiran berada di rumah. Dia terdengar bunyi seperti ada seseorang sedang menghendap di luar. Samiran yang berasa curiga lalu memeriksa luar rumah dan menemui EH sedang berdiri tercegat.

“Suspek kemudiannya bertanyakan tentang berita pernikahan dengan Heni.

“Samiran menjawab mereka telah bernikah secara siri dan meminta EH bertanyakan sendiri kepada keluarga bekas isterinya,” menurut laporan siasatan awal pihak berkuasa.

Jawapan diberikan Samiran telah membangkitkan kemarahan EH yang ketika itu sedang memegang pisau.

Suspek kemudiannya menyerang mangsa dan menikam belakang lehernya hingga menyebabkan kecederaan serius.

Penduduk setempat yang terdengar bunyi bising segera ke lokasi kejadian dan membawa Samiran ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) dr Ibnu Sutowo Baturaja.

Mangsa bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, siasatan lanjut telah pun dijalankan. – Agensi

 

 

Scroll to Top