CEO Batu Sudah Dibebaskan Polis

CEO Batu Sudah Dibebaskan Polis

Oh! Artis

CEO Batu bebas dengan jaminan selepas disiasat kerana didakwa hantar mesej lucah kepada remaja 14 tahun.


Satu demi satu pendedahan dibuat. Pempengaruh dikenali sebagai CEO BatuĀ sebelum ini telah ditahan reman dan disiasat polis selepas atas dakwaan menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Suspek sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan, namun telah dibebaskan dengan jaminan.

Dia dibebaskan dengan jaminan hari ini.- Kata Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dari D11 Bukit Aman.

Caprice dedah tangkap layar mesej lucah…

Ceo Batu

Isu panas ini mula menjadi perhatian selepas penyanyi dan pempengaruh,Ā Caprice memuat naik tangkap layar mesej antara suspek dan mangsa di Instagram miliknya.

Perbualan dalam mesej tu nyata mengejutkan ramai, apatah lagi ia melibatkan seorang remaja bawah umur. Pihak polis memaklumkan siasatan ketika ini masih berjalan dan tertumpu kepada laporan yang dibuat ibu mangsa.

Siasatan tertumpu kepada kes dilaporkan.- Kata SAC Siti Kamsiah.

Difahamkan, suspek yang berusia 22 tahun dipercayai menghantar mesej dan imej tidak senonoh sejak awal Mei lalu. Sebelum ini, polis juga menjalankan siasatan ke atas suspek atas dakwaan gangguan yang hampir sama melibatkan individu lain. Ini menimbulkan persoalan adakah ini bukan kes pertama?

Pssttt! Kes gangguan seksual, lebih-lebih lagi melibatkan remaja bawah umur, bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kalau betul berlaku, ia bukan sekadar kesalahan undang-undang, tapi juga soal maruah dan keselamatan anak-anak kita. Semoga siasatan berjalan adil dan mereka yang bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top