CEO GISBH Dan Isteri Ditahan Pihak Polis | Oh! Media

CEO GISBH Dan Isteri Ditahan Pihak Polis | Oh! Media

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH dan isterinya dalam Op Global.

Syarikat GISBH didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual di mana pihak polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan baru-baru ini.

Selain CEO terbabit, turut ditahan isterinya serta dua anaknya bagi membantu siasatan.

Turut difahamkan, individu lain yang ditahan adalah anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad.

Kesemua suspek yang ditahan adalah 12 lelaki dan 7 wanita berusia 30 hingga 65 tahun. Mereka bakal direman bermula hari ini.

Scroll to Top