Pempengaruh ‘review’ makanan, CEO Kaki Review akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pempengaruh TikTok, Jason.
Dalam satu hantaran video yang dibuat, beliau mengakui sudah menghantar mesej secara peribadi kepada Jason sendiri untuk menyelesaikan isu di antara mereka.
CEO Kaki Review tampil mohon maaf
Dalam permohonan maafnya, CEO Kaki Review mengakui kesilapan kerana tidak dapat mengawal emosi. Beliau berjanji bahawa insiden ini tidak akan berulang lagi.
Assalamualaikum, aku CEO Kaki Review dengan rasa rendah diri, aku ingin mohon maaf pada Jason dengan apa yang berlaku sebelum ni. Haritu aku emosi, aku tak kawal. Aku minta maaf Jason.
Selain Jason, beliau juga memohon maaf kepada semua pengikut Jason yang terkesan dengan hantaran yang dibuatnya sebelum ini.
Aku mengaku, memang silap aku dan salah aku. Masa aku buat video tempoh hari, aku tengah marah jadi aku tak dapat kawal.
Video permohonan maaf tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
“Okay got it, selamat berbuka nanti” – Jason

Malah, Jason turut memberikan respon di ruangan komen menerima permohonan maaf yang dibuat CEO Kaki Review.
Terdahulu, beliau dikecam hebat netizen gara-gara mengkritik gaya ulasan pempengaruh dipercayai ditujukan kepada Jason.
Dakwanya, ulasan terlalu jujur telah menyebabkan perniagaan orang lain lingkup. Pandangan beliau itu mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen dan rata-rata berpihak kepada Jason.
#ApaKataOhmedia
Sebelum memuat naik sebarang video atau komen, fikir dahulu kesannya. Hormati satu sama lain kerana masing-masing mempunyai gaya yang tersendiri. Apa salahnya kalau buat ulasan jujur kan? Apa pendapat korang pula?





