CEO KDA FC, Khamal Idris letak jawatan

CEO KDA FC, Khamal Idris letak jawatan

Khamal Idris. Foto KDA FC

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali meletakkan jawatan yang disandangnya itu sejak empat tahun lalu pada Khamis.

Perkara tersebut diumumkan oleh kelab yang berpangkalan di utara menerusi media sosial rasmi mereka.

Menurut KDA FC, peletakan jawatan bekas pemain Kedah itu adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau selepas menabur bakti menguruskan kelab berkenaan.

“Peletakan jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan.

Scroll to Top