CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran lebih RM5 juta

CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran lebih RM5 juta

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP) Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Mohamed Zainurin diarah bercuti berkuat kuasa dari tarikh surat tunjuk sebab sehingga tempoh selanjutnya yang dimaklumkan kemudian, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Marliyana, bagaimanapun menyerahkan surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa serta-merta, katanya.

“Syarikat akan meneruskan perniagaan seperti biasa. Untuk sementara ini, peranan CEO akan dikendalikan oleh jawatankuasa sementara Lembaga Pengarah dikenali sebagai jawatankuasa eksekutif lembaga (exco lembaga) THP sehingga notis selanjutnya,” menurut syarikat itu.

Barisan Exco itu merangkumi Pengerusi THP Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif THP Kasmuri Sukardi, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Nor Adila Ismail serta Ketua Pegawai Operasi Alikamal Abu Hassan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top