Cepat Tantrum, Menjerit & Susah Dengar Cakap, Ayda Jebat Elak Anak Main Handphone – “No Screentime At All!”

Cepat Tantrum, Menjerit & Susah Dengar Cakap, Ayda Jebat Elak Anak Main Handphone – “No Screentime At All!”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui dia tegas mendidik dan mengambil pendekatan untuk menghapuskan penggunaan skrin selepas menyedari kesan negatif terhadap tingkah laku anaknya.

Menurut Ayda, keputusan itu dibuat selepas melihat perubahan ketara pada anak keduanya itu setiap kali terdedah kepada televisyen ataupun telefon pintar.

“Saja share, harini hari ke-11 Dedek (panggilan untuk anak keduanya) tak tengok televisyen. No screentime at all!

“Sebab kita perasan bila dia tengok tv, dia akan cepat tantrum, menjerit, susah nak dengar cakap, tak fokus, nak suruh duduk sekejap pun tak akan dapat. Over stimulate sebab over screentime?,” katanya.

Tambahnya, selepas menghentikan penggunaan skrin sepenuhnya, perubahan positif mula menunjukkan hasil apabila anaknya kelihatan lebih mudah dikawal dan kini menunjukkan perkembangan yang lebih baik.

“Sumpah tak tipu, sekarang nampak berbeza sangat bila tak ada screen time.

“Dah start bercakap, bila kita cakap dia dengar dan respons. Ikut dan senang nak handle. Kau orang cubalah kalau anak cepat tantrum, inshaa-Allah menjadi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ayda juga menegaskan, konsistensi dan sokongan daripada orang sekeliling memainkan peranan penting.

“Tapi memang kena berkeras dengan orang sekeliling termasuk grandparents yang tak boleh belakang-belakang bagi dia tengok tv atau phone. Kalau helper/nanny inshaa-Allah dengar cakap kita lah kan?

“Kita kena tegas sikit bab ni, alhamdulillah family bila faham, senang hari kita. Selalu yang manjakan anak kita kan datuk dan nenek, minta apa dapat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersetuju dengan pendekatan yang diambil Ayda selepas melalui pengalaman sama.

Scroll to Top