Cetus Suasana Interaktif, Kempen Penutup Dapur Panas Digital Perkasa Wanita B40

Cetus Suasana Interaktif, Kempen Penutup Dapur Panas Digital Perkasa Wanita B40

Majlis Hari Raya Dapur Panas Digital anjuran TV3 dan Alternate Records berlangsung dengan penuh kemeriahan di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

Disokong oleh F&N sebagai penaja utama dan Pepper Labs sebagai rakan kolaborasi, acara ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan Media Prima, F&N, Pepper Labs, pasukan Dapur Digital serta artis-artis di bawah label Alternate Records.

Majlis diserikan dengan persembahan bertenaga daripada peserta One In A Million (OIAM) seperti Marygrace, Kai Deva, Mariam dan Zazzleen, serta persembahan memukau oleh Ameerais, Suara, Zizi Safira dan Wanie Ooi.

Turut memeriahkan suasana adalah selebriti Media Prima seperti Mior Malek Raiyani, Amirulhakim Lokman, Fariha Onn, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah, Rena Hazrena, Fahmi Izzudin dan Asrulnizam Kadir.

Cetus suasana interaktif

Salah satu detik menarik sepanjang majlis ialah demonstrasi penyediaan teh tarik oleh Puan Masri Binti Md Husin, peserta Dapur Digital Kerinchi, yang menggunakan produk F&N.

Demonstrasi ini mencetuskan suasana interaktif serta mengeratkan lagi hubungan antara tetamu dalam suasana mesra dan penuh nostalgia.

Hidangan istimewa yang disediakan oleh pasukan Dapur Digital Kerinchi turut mencuri tumpuan. Antara juadah raya yang disediakan seperti nasi tomato, mi kari, popia karbonara, puding karamel, agar-agar sirap, sirap bandung dan teh tarik disediakan menggunakan produk F&N seperti Krimer Manis dengan Kalsium dan Krimer Sejat Penuh Krim Ideal serta minuman 100 Plus Active dan 100 Plus Zero sebagai pelengkap menyegarkan.

Bukan itu sahaja, majlis ini turut menjadi acara penutup rasmi bagi kempen Dapur Panas Digital, iaitu  satu inisiatif bermakna hasil kerjasama TV3 dan Pepper Labs, dengan sokongan penuh daripada F&N.

Kempen ini bertujuan memperkasa wanita komuniti B40, khususnya usahawan dari Projek Perumahan Rakyat (PPR), dengan membuka ruang untuk mereka berniaga dan mengembangkan potensi diri sepanjang Ramadan lalu.

Melalui kempen ini, para usahawan PPR diberi peluang berniaga di beberapa lokasi Bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur seperti Kg Baru (Jalan Raja Uda), Bangsar Baru (Jalan Telawi), dan Seksyen 1 Wangsa Maju.

Semua hidangan yang dijual menggunakan produk F&N sebagai bahan utama, manakala 100 Plus Active dan 100 Plus Zero ditampilkan sebagai minuman rasmi.

Kehadiran selebriti Media Prima seperti Fiza Sabjahan, Rena Hazrena, Fatin Hamimah, Nurin Ramzyn, Fariha Onn dan Nabilah Wazer turut memeriahkan tapak bazar.

Bagi yang ingin mengikuti kisah inspirasi wanita hebat di sebalik Dapur Panas Digital, kandungan digital boleh ditonton menerusi media sosial rasmi TV3. Jangan lepaskan peluang menyaksikan segmen khas Dapur Panas Digital dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin, 28 April 2025.

Scroll to Top