LONDON, July 18, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) —

Charles Lachaux, pembuat wain di Burgundy yang paling berwawasan, pada hari ini mengumumkan suatu perkongsian eksklusif dengan Crurated, komuniti wain keahlian berasaskan blok rantai. Di bawah terma perjanjian, wain Lachaux yang terkenal dan memenangi anugerah, yang dikeluarkan dalam jumlah kecil dan menerima permintaan yang tinggi di seluruh dunia, akan dijual secara eksklusif kepada ahli-ahli Crurated. Butiran lanjut mengenai tawaran itu dan mengenai keahlian Crurated boleh didapati pada pautan www.Crurated.com.

Tawaran istimewa untuk ahli akan dikeluarkan dalam berbilang fasa sepanjang tahun. Tawaran pertama merangkumi 1 kotak gabungan enam nama:

  • Bourgogne Aligoté, Les Champs d’Argent, tahun 2021
  • Bourgogne Rouge, La Croix Blanche, tahun 2021
  • Côte de Nuits Village, Aux Montagnes, tahun 2021
  • Aloxe-Corton premier cru, Les Valozières, tahun 2021
  • Nuits Saint Georges village, La Petite Charmotte, tahun 2021
  • Nuits Saint Georges premier cru, Aux Argillas, tahun 2021

Mulai 25 Julai, wain itu akan ditawarkan kepada ahli Crurated melalui jualan persendirian.

“Inovasi dalam pembuatan wain adalah penting untuk mengeluarkan dan mengedarkan sebotol wain yang luar biasa,” kata Charles. “Selama berdekad, wain telah diedarkan kepada peminat wain yang pandai menilai tanpa mempertimbangkan cara proses itu boleh diperbaiki. Crurated memperkemas capaian kepada wain yang jarang didapati, dan penggunaan blok rantai dan teknologi NFT oleh Crurated memberi para pembeli kesahihan dan asal-usul wain yang sangat diperlukan dalam industri ini. Ia merupakan rakan ideal bagi kami ketika kami memulakan zaman baharu jualan wain terus kepada pengguna.”

“Pasukan kami bernasib baik kerana dapat berganding bahu dengan wain dan pembuat wain yang paling hebat di dunia, termasuk Charles Lachaux,” kata Alfonso de Gaetano, Pengasas Crurated. “Platform teknologi berasaskan blok rantai kami telah merevolusikan cara membeli dan menjual wain yang jarang didapati. Kami merupakan komuniti wain berasaskan ahli pertama yang menawarkan ketelusan penuh dan perlindungan nilai aset. Model ini sudah pun mentakrifkan semula bilik wain bawah tanah jauh di luar empat muka dinding.”

Setiap botol akan disertakan bersama satu NFT. Dirakamkan buat selama-lamanya pada blok rantai, NFT akan menentusahkan kesahihan botol dan memberikan butiran penting yang lain, termasuk sejarah pemilikan, tahun vintaj, lokasi ladang anggur, jenis dan butiran penting yang lain. NFT boleh diakses dengan mudah dengan mengetik pada telefon yang boleh menggunakan NFC atau RFID. Sejarah botol juga dikemaskinikan melalui rakaman blok rantai baharu pada bila-bila masa wain itu dijual semula dan token bergerak daripada seorang pelanggan kepada pelanggan yang lain.

Walaupun wain Charles Lachaux akan dijual terus kepada pengguna secara eksklusif melalui platform Crurated, jualan restoran B2B masih akan dikendalikan oleh pengedar.

Perihal Charles Lachaux
Charles Lachaux telah membuat perubahan revolusioner kepada bidang vitikultur di Arnoux-Lachaux, mempelopori industri pembuatan wain di Burgundy pada masa kini. Digambarkan oleh Jancis Robinson sebagai “bintang baharu yang terang”, beliau melambangkan generasi baharu. Pada tahun 2021, Charles menerima anugerah “pembuat wain muda terbaik di planet ini” di acara Anugerah Golden Vines yang berlangsung di London. Beliau merupakan seorang penyokong penanaman kepadatan tinggi, hasil rendah dan kerja ladang anggur intensif, yang termasuk membentuk pokok anggur menjadi ‘lengkung’ yang panjang, daripada mencantas pucuknya. Lachaux mewakili generasi ke-6 yang menjaga ladang keluarganya yang terletak di Vosne-Romanée (Côte-d’Or).

Perihal Crurated
Dilancarkan pada tahun 2021 dengan penekanan pada negara Perancis dan Itali, Crurated adalah sebuah komuniti wain berasaskan keahlian, yang dibentuk untuk menghubungkan pakar minat terus kepada pengeluar bertaraf dunia. Sepasukan pakar memberikan perkhidmatan yang diperibadikan dan pengalaman yang autentik, sementara perkhidmatan logistik lancar Crurated menjamin kualiti dan asal-usul wain hasil daripada penyimpanan di bilik wain bawah tanah yang selamat dan teknologi blok rantai yang inovatif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Crurated, sila lawati pautan crurated.com.

Gambar foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati pada pautan:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/46bc59bd-f682-410f-94ff-03d5c0785b65

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c2c51c18-d26f-4042-bbd6-6eb2502e8f88