Trending
Chazy Nash membuat laporan polis terhadap akaun palsu yang menuduh dirinya curang semasa perkahwinan.
Selepas umum bercerai baru-baru ini, ada pula akaun media sosial palsu menyebarkan fitnah kononnya influencer Chazy Nash berlaku curang.
BACA: Dituduh Curang Hingga Ceraikan Isteri, Chazy Nash Tampil Bersuara
Tuduhan melampau yang dibuat di platform Threads itu turut mengheret nama seorang wanita yang dipercayai kenalan influencer terbabit.
Akaun palsu cetus fitnah dan kebencian
Terbaru, Chazy Nash tidak berdiam diri tampil membuat satu laporan polis. Menerusi satu perkongsian di Instagram, beliau dilihat duduk berbincang bersama Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Bin Abdul Halim dan ASP Asyraf Bin Mohamad bagi membincangkan isu melibatkan akaun palsu ‘mc1totallstar’.
Doakan urusan saya dipermudahkan. Semoga dapat trace orang disebalik akaun palsu ‘mc1totallstar’ yang mencetuskan penyebaran berita tidak benar dan kebencian secara terbuka.
Menurut Chazy Nash lagi, akaun berkenaan dikatakan telah ‘hilang dari radar’ sejak semalam. Namun dia tetap berusaha untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan demi membersihkan namanya daripada tuduhan yang tidak berasas.
Nasihat buat netizen

Chazy turut memberi teguran kepada warganet supaya tidak terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.
Kepada netizen-netizen di luar sana.. kalau taktau hal sebenar, saya mohon jangan masuk campur atau melontarkan komen-komen tidak sopan lagi. Jagalah rumahtangga masing-masing dan hentikan budaya buli siber.
Terdahulu, pempengaruh ini menjelaskan penceraiannya dengan Fatin Morat bukanlah disebabkan orang ketiga.
Mereka berdua sepakat untuk berpisah secara baik selepas beberapa kali berlaku ketidaksefahaman dalam rumah tangga.
Pssttt! Semoga pihak berkuasa dapat menjejak dalang di sebalik akaun palsu tersebut dan keadilan dapat ditegakkan secepat mungkin.
Kredit: Instagram Chazy Nash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.