Chazynash ‘Sound’ Bekas Isteri, Tak Teragak Dedah Punca Cerai Sebenar Jika Terus Cari Masalah

Chazynash ‘Sound’ Bekas Isteri, Tak Teragak Dedah Punca Cerai Sebenar Jika Terus Cari Masalah

Trending

Chazynash dakwa alami tekanan emosi akibat fitnah dan gangguan bekas isteri.


Pempengaruh Chazynash tampil membuat kenyataan mengejutkan di media sosial berhubung kemelut rumah tangganya.

BACA: Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan, Doa Bekas Isteri Pun Bahagia

Dakwanya, dia kini berada di tahap keletihan emosi yang sangat mendalam dan tidak mampu lagi menahan tekanan akibat gangguan serta fitnah berterusan daripada bekas isteri dan pihak tertentu sejak Mei 2025.

“Tolonglah redha, jangan jadi joykiller majlis kahwin saya” – Chazy

Chazy mendedahkan bahawa kehidupannya bersama bakal isteri dan anak-anak terus diganggu dengan penciptaan akaun palsu, penyebaran fitnah curang dan ugutan yang memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan reputasinya.

Menurut pempengaruh ini, dia hanya mahu hidup tenang bersama anak-anak dan bakal isteri. Malah, tindakannya hari ini didakwa kerana provokasi berterusan dan campur tangan daripada adik bekas isterinya.

Chazy turut mendakwa bahawa bekas isterinya sering membuat siaran langsung di TikTok sambil menangis untuk meraih simpati netizen.

Malah, beliau dilabel sebagai bapa tidak bertanggungjawab walaupun telah memberikan nafkah anak, rumah, utiliti, kereta besar dan pemberian mutaah tanpa gagal.

Chazy turut memberi amaran bahawa jika gangguan dan provokasi terus berlaku, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca sebenar perceraian mereka walaupun ia akan membuka aib kedua-dua pihak.

Pssttt! Jika benar seperti didakwa Chazynash, jalan penyelesaian terbaik adalah melalui mahkamah, bukan ‘content’ di TikTok. Masing-masing ada emosi, tapi jangan sampai kebencian jadi punca anak-anak terabai dan reputasi musnah.

Kredit: Instagram Chazynash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top