Pelakon jelita, Rozita Che Wan menegaskan kelantangannya menyuarakan isu buli menerusi platform media sosial adalah kerana mahu membuka mata masyarakat supaya lebih cakna terhadap masalah tersebut.
Katanya menerusi temu bual bersama penyampai radio HotFm, insiden tragis yang menimpa pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina wajar dijadikan iktibar agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.
“Mula-mula saya terbaca luahan hati seorang ibu, terdetik dalam hati saya kan kalaulah saya ni dekat tempat mak arwah, Puan Noraidah ni macam mana saya nak hadap masalah ni seorang diri.
“Sebenarnya saya start post dekat Instagram Stroy (IGS) tu supaya orang nampak. Kemudian saya post pula dekat feed sebab masa kes adik Zara jadi, banyak sangat kes viral yang muncul juga. Jadi mungkin ada yang terlepas pandang dengan kes buli libatkan arwah. Sebab tu bila saya post sahaja, 2.3 juta tontonan dekat saya punya IG.
“Jadi, saya rasa daripada situ orang mula tengok ini cerita pasal siapa, dan tanya, komen semua. Itu yang saya nak sebenarnya,” katanya.
Dalam pada itu, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta mengakui, dia juga pernah bersekolah asrama dan pernah melihat sendiri kejadi buli disekolahnya pada ketika itu.
“Sebenarnya kes buli ni buka harini sahaja sebenarnya daripada zaman dulu. Zaman saya sekolah asrama pun ada kes buli.
“Masa saya sekolah dulu pelajar senior suka nak tunjuk lagi hebat daripada cikgu. Sebab tu dia buli pelajar junior ni,” kongsinya.
Mengulas lanjut, ketika ditanya sama ada dia membenarkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana memasuki sekolah berasrama penuh atau tidak, Che Ta menegaskan, dia tidak akan mengizinkan anaknya itu untuk bersekolah di asrama penuh kelak.
“Eh, memang tak lah nak hantar Aaisyah sekolah asrama dengan keadaan buli yang sekarang ni,” jawabnya ringkas.
Ketika mengakhiri sesi temu bual, Che Ta sempat menitipkan pesana buat ibu kepada arwah Zaraagar sentiasa kuat dan tidak merasakan bahawa dia kini keseorangan.
“Jangan rasa dia keseorangan sebab kita satu Malaysia sekarang ni tengah orang kata bangkit untuk menegakkan kebenaran, keadilan.
“Jadi kita semua bersama-sama dengan dia sebenarnya sekarang ni,” jelasnya.