Pemain perseorangan badminton negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama untuk Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Liek Hou yang beraksi di final dalam kategori SU5 berjaya tewaskan wakil dari Indonesia, Nugroho dengan keputusan 21-13, 21-15 untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Tokyo 4 tahun lepas.
Alhamdulillah, pingat emas pertama kontinjen negara untuk edisi Paralimpik kali ini.

Cheah Liek Hou jadi atlet kedua memenangi pingat di Paris selepas Eddy Bernard membawa pulang gangsa dalam acara olahraga awal pagi semalam.





