Oh! Artis
Isu Chef Zam Ramadan jadi perdebatan bila kenyataan persoal pekerja balik awal undang kecaman netizen.
Bulan Ramadan selalunya jadi waktu yang penuh toleransi antara majikan dan pekerja. Namun kali ini, nama cef selebriti Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab atau Chef Zam menjadi bualan hangat selepas satu perkongsiannya di media sosial mencetuskan kontroversi.
Perkongsian tersebut menimbulkan persoalan tentang tindakan segelintir pekerja yang mahu pulang lebih awal sepanjang Ramadan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Chef Zam persoal waktu pulang awal

Dalam hantaran dimuat naik di Threads, Chef Zam, 56, meluahkan rasa hairan melihat ada pekerja yang mahu menamatkan waktu kerja lebih awal walaupun waktu berbuka puasa masih lewat.
Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? Nak memasak untuk katering bisnes ke?- Katanya.
Pandangan itu pantas menarik perhatian ramai dan menjadi topik perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. Chef Zam Ramadan bagaimanapun menerima kecaman apabila ramai netizen berpendapat kenyataan tersebut kurang memahami keadaan pekerja yang sedang berpuasa.

Ada yang menjelaskan bahawa kelonggaran pulang awal biasanya diberi atas dasar ihsan majikan, selain mengambil kira faktor keletihan, perjalanan jauh dan keperluan berehat sebelum berbuka.
Perbincangan itu juga memperlihatkan ramai tampil mempertahankan hak pekerja yang diberi fleksibiliti waktu kerja sepanjang bulan Ramadan.
Chef Zam padam hantaran

Hasil tinjauan mendapati hantaran asal Chef Zam itu dipercayai telah dipadam selepas menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Situasi ini sekali lagi menunjukkan bagaimana isu berkaitan waktu kerja di bulan Ramadan sering menjadi perkara sensitif kerana setiap individu mempunyai cabaran dan rutin berbeza ketika berpuasa.
Pssttt! Ohmedia harap isu macam ni boleh jadi peringatan untuk kita semua supaya lebih memahami keadaan orang lain, terutama dalam bulan Ramadan yang menuntut banyak kesabaran dan empati.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




