Oh! Artis
Chef Zam mohon maaf dan jelaskan kenyataan terdahulu selepas dikecam netizen tentang isu pulang awal Ramadan.
Selepas tular kenyataannya sebelum ini yang mengundang kritikan ramai, Chef Zam tampil memberi penjelasan lanjut bagi meredakan keadaan. Penjelasan tersebut dibuat sendiri oleh Chef Zam di ruangan komen Facebook Oh! Media.
Beliau menjelaskan bahawa kenyataan terdahulu sebenarnya disalah faham dan mengakui berlaku kesilapan dalam pemilihan perkataan ketika memberi pandangan mengenai situasi pekerja sepanjang Ramadan.
Chef Zam akui tersilap guna perkataan

Menurut Chef Zam, istilah yang digunakan sebelum ini tidak membawa maksud seperti yang difahami netizen, sebaliknya hanya merujuk kepada keadaan tergesa-gesa.
Nampaknya kenyataan saya semalam telah menimbulkan kemarahan ramai. Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tersilap pilih perkataan.- Katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa perkataan yang ditaip tidak menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Menggelitis yang saya taipkan itu sepatutnya bergegas atau tergesa-gesa.- Jelasnya.
Niat asal sekadar berjenaka

Chef Zam turut menjelaskan bahawa kenyataannya berkaitan “masak untuk katering” sebelum ini sebenarnya ditulis dalam nada bergurau dan tidak berniat memperkecilkan mana mana pihak.
Bab masak untuk katering tu saya maksudkan sebagai berjenaka. Tidak terlintas dihati saya utk memperkecilkan kepayahan anda semua berkejar pulang utk persiapan yang pelbagai.- Katanya.
Penjelasan itu dibuat bagi menjawab rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat terutama golongan pekerja yang berdepan cabaran mengejar masa untuk pulang menyediakan juadah berbuka.
Di akhir penjelasannya, Chef Zam memohon maaf secara terbuka atas kekhilafan yang berlaku dan mengakui kenyataannya telah menimbulkan kemarahan ramai.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, ada yang menerima permohonan maaf itu dengan baik dan ada juga yang berkongsi pandangan tentang realiti kehidupan harian sepanjang Ramadan
Pssttt! Ohmedia harap isu ini jadi pengajaran bahawa dalam dunia media sosial, pemilihan kata sangat penting kerana ia mudah disalah tafsir. Kadang niat bergurau pun boleh jadi sensitif kalau tak kena tempat dan masa.
Kredit: Oh! Media
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



