Chow kekal pengerusi DAP P Pinang, Ramasamy sebagai timbalan

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Chow Kon Yeow mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi dan P Ramasamy sebagai timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang selepas pemilihan parti negeri hari ini.

GEORGE TOWN: Chow Kon Yeow mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi DAP Pulau Pinang, dengan P Ramasamy sebagai timbalan. Mereka dicalonkan bersama dengan barisan kepemimpinan lain selepas sesi tertutup pemilihan parti negeri itu untuk memilih 15 ahli jawatankuasa.

Jawatankuasa negeri baharu untuk 2021-2024 itu kebanyakannya kekal, dengan beberapa jawatan dirombak.

Zairil Khir Johari dan Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai naib pengerusi, Lim Hui Ying kekal sebagai setiausaha untuk penggal akan datang, sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lim Siew Khim dipilih sebagai penolong.

Wong Hon Wai dipilih sebagai bendahari dengan Soon Lip Chee sebagai penolong bendahari.

Jason H’ng Mooi Lye kekal sebagai setiausaha penganjur sementara Lay Hock Peng, yang berada di tempat ketiga, kekal sebagai penolong setiausaha penganjur. Yeoh Soon Hin dipilih memegang peranan sama sebagai penolong.

Steven Sim kekal sebagai setiausaha publisiti dengan Syerleena Abdul Rashid (yang dipilih bersama) kekal sebagai penolong. Syerleena tidak bertanding pada pemilihan parti hari ini.

Setiausaha politik Chow, Teh Lai Heng dipilih sebagai pengarah pendidikan politik.

Mereka yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa adalah Phee Boon Poh, Phee Boon Chee, dan RSN Rayer, sementara Ramkarpal Singh Deo, Heng Lee Lee dan Chong Eng terpilih dalam lima lantikan tambahan.

Chong, yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan, menduduki tempat ke-27 dengan 417 undi. Heng, ADUN penggal pertama, adalah satu-satunya wajah baharu balam barisan kepimpinan itu.