Cik Epal Mohon Maaf Isu Iddah, Nafi Dakwaan Abaikan Anak-Anak Lepas Cerai | Oh! Media

Cik Epal Mohon Maaf Isu Iddah, Nafi Dakwaan Abaikan Anak-Anak Lepas Cerai | Oh! Media

Baru-baru ini, usahawan pizza wagyu, Jofliam telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story yang memaparkan video teguran kepada bekas isterinya, Cik Epal.

Menerusi laporan Gempak, Cik Epal memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut. Niatnya mahu bercerai secara baik dengan bekas suaminya itu.

Saya tak nak benda ni berlarutan. Saya sebenarnya nak bercerai dengan cara yang baik.

Cik Epal juga meminta maaf tentang isu berkaitan dirinya masih dalam iddah dan perlu menjaga maruah. Dia juga menerima kesalahannya itu dan mahu memperbaiki kelemahannya.

Betul saya masih lagi dalam iddah. Saya minta maaf itu kesilapan saya. Saya akan perbaiki kelemahan saya.

Dalam pada itu, Cik Epal juga menjelaskan tentang khabar angin yang tersebar mengenai dirinya menghilang dan meninggalkan anak-anak tanpa berita.

Cik Epal berkata, dia sentiasa menghubungi anak-anaknya namun panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak mendapat apa-apa respons daripada anak lelakinya, Han.

Ujarnya, dia juga sedang mengambil masa untuk tenangkan diri namun dia tidak pernah sesekali melupakan anak-anaknya.

Saya bukan menghilang. Saya tengah ambil masa tenangkan diri saya. Tidak sesekali saya melupakan anak-anak saya. Saya ada call dan whatsapp dengan Han untuk tanya khabar Han dan Yuki.

Tapi Han tak balas. Saya faham mungkin anak-anak saya sedang bercuti.

Terdahulu, selepas penceraian di antara Cik Epal dan Jofliam terdapat banyak khabar angin yang mula timbul mengenai rumah tangga mereka.


Scroll to Top